Ekspresikan rasa cinta anda terhadap bahasa dengan menyertai peraduan mencipta pantun bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan

Pantun Jual

Berkebaya biru dengan hiasan,
Berdokoh lima kancing suasa,
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan,
Apakah usaha perkasa bahasa?

Terma & Syarat

  • Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur antara 10 hingga 17 tahun.
  • Peserta hendaklah membalas pantun yang dijual dengan mencipta 2 rangkap pantun 4 baris.
  • Setiap rangkap pantun mempunyai 4 baris; 2 baris pembayang dan 2 baris maksud.
  • Penyertaan yang kurang dari 2 rangkap pantun adalah dianggap batal manakala yang lebih akan hanya dinilai pada 2 rangkap pantun pertama sahaja.
  • Karya yang dihantar mestilah asli, menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dan belum pernah diterbitkan atau dipertandingkan di mana-mana sebelum ini.
  • Hanya satu penyertaan bagi setiap individu.
  • Semua karya hendaklah dihantar sebelum atau pada 3 Januari 2019.
  • Keputusan juri adalah muktamad.

Borang Penyertaan

Ruangan ini wajib diisi.
E-mel tidak sah.
Nombor Kad Pengenalan tidak sah.
Nombor Telefon tidak sah.
Ruangan ini wajib diisi.
Ruangan ini wajib diisi.